Untuk info negara AUSTRALIA,NEW ZELAND,
INDONESIA,SINGAPURA dan pada 2011 JEPUN pula telah memberi laluan kepada
pemegang lesen radio amatur kelas B untuk bekerja di frekuensi 40m band. Tetapi
di negara kita pemegang lesen kelas B tidak dibenarkan bekerja di 40m band.
Saya
berpendapat bahawa 40m band merupakan satu batu loncatan kepada 9W untuk pergi
lebih jauh lagi ke band-band yang lain dengan cara(upgrade ke
9M)"keinginan yang menebal" untuk beroperasi di semua band adalah
satu peransang peribadi dan di samping ingin melengkapkan koleksi QSL kad di
band HF yang lain yang mana setakat hari ini pemegang lesen kelas B hanya boleh
bekerja di 6m band dan 10m band sahaja.Kita sedia maklum bahawa 6m band dan 10m
band amat terhad untuk bekerja kerana terikat dengan propagasi alam.
Saya juga ada terbaca dan tertarik berkaitan "Draft
reviewed Spectrum Plan" (mySpectrum Plan 2010) Apa yang menarik adalah di
'Anex 4- TECHNICAL SPECIFICATIONS" di muka surat 256 draft berkenaan:
Tercatit
disini Class B
7.000 -
7.200
28.000 -
29.700
50.000 -
54.000
144.000 -
148.000
430.000 -
440.000
(http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/files/attachments/Draft_Spectrum_Plan_Review_05052010.pdf)
Demikian
kesimpulan yang mampu saya ungkapkan, saya menyokong sepenuhnya pemegang lesen
kelas B di Malaysia untuk bekerja di 40m band.Sekian.
No comments:
Post a Comment