Friday 19 April 2013

MY WORKING CONDITION
















just sharing my working condition....very simple...73.

Wednesday 3 April 2013

40m band untuk 9W



Untuk  info negara AUSTRALIA,NEW ZELAND, INDONESIA,SINGAPURA dan pada 2011 JEPUN pula telah memberi laluan kepada pemegang lesen radio amatur kelas B untuk bekerja di frekuensi 40m band. Tetapi di negara kita pemegang lesen kelas B tidak dibenarkan bekerja di 40m band.

Saya berpendapat bahawa 40m band merupakan satu batu loncatan kepada 9W untuk pergi lebih jauh lagi ke band-band yang lain dengan cara(upgrade ke 9M)"keinginan yang menebal" untuk beroperasi di semua band adalah satu peransang peribadi dan di samping ingin melengkapkan koleksi QSL kad di band HF yang lain yang mana setakat hari ini pemegang lesen kelas B hanya boleh bekerja di 6m band dan 10m band sahaja.Kita sedia maklum bahawa 6m band dan 10m band amat terhad untuk bekerja kerana terikat dengan propagasi alam.
Saya juga ada terbaca dan tertarik berkaitan "Draft reviewed Spectrum Plan" (mySpectrum Plan 2010) Apa yang menarik adalah di 'Anex 4- TECHNICAL SPECIFICATIONS" di muka surat 256 draft berkenaan:
Tercatit disini Class B
7.000 - 7.200
28.000 - 29.700
50.000 - 54.000
144.000 - 148.000
430.000 - 440.000
(http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/files/attachments/Draft_Spectrum_Plan_Review_05052010.pdf)

Demikian kesimpulan yang mampu saya ungkapkan, saya menyokong sepenuhnya pemegang lesen kelas B di Malaysia untuk bekerja di 40m band.Sekian.